1. Selalu makan
buah manisan seperti kurma dan lain-lain.
2. Selalu makan makanan yang panas-panas.
3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya
atau badam dan lain-lain.
4. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum.
5. Selalu meminum air masak.
6. Selalu memakan ulam-ulaman.
7. Selalu mengamalkan pandangan hijau.
8. Selalu bersenam.
9. Selau menggunakan imaginasi otak.
10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai
(yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion-ion negatif dan
cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan
oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang
cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya
terlalu sedikit.
11. Jangan ego.
12. Jangan dengki pada orang lain.
13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal.
14. Jangan memberi anak makan makanan dari
sumber yang tidak halal.
15. Jangan makan makanan yang ada pewarna.
16. Jangan makan makanan yang ada pengawet.
17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2
kali.
18. Jangan mandi selepas 9.00 malam.
19. Jangan sengaja melewat-lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
20. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
21. Jangan makan dan minum dalam bekas yang
pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
22. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
23. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
24. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa
makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
25. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat
kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
26. Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
27. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
28. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
29. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
30. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti
rosak persahabatan kita dan akan hilang bahagia.
31. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam
setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pul, jangan bakhil untuk
bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
32. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
33. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
34. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.
35. Jangan terlalu susah hati dengan urusan
dunia. Akhirat itu lebih utama Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang
terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah S.A.W.)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)