Wednesday 8 May 2013

Ragam Si Anak Dara


 

 

 

Comel dye tengah tido..
Dah pandai meniarap dah..


sekali sekala nk jd hip hop gak..
 

Mmg pantang nampak laptop..=.="
 

 

 

 

 

Sedar tak sedar,dah besar dh dia..dia jela yang jadi penyeri hidup kami sekarang..lurve you..=)

Wednesday 13 March 2013

~Wordless Wednesday - Permata Hati~

ZARA AWLIYA - 6 MONTHS

P/S : tolong klik link nie n vote utk zara,ye?thanx..=)
VOTE FOR ZARA

Saturday 12 May 2012

Software Yang Leceh..!



Hello..hari nie mengalami gangguan mental sikit sebab nak siapkan projek yang nak dihantar isnin nie dan terpaksa melayan kerenah software yang leceh nie..memang menyakitkan hati sebab kalo tersilap setting sikit,terpaksa la uninstall dan install balik..masuk nie dah dua kali dah aku buat keje nie.dah bazirkan beberapa jam dah masa berharga aku sbb dye punya uninstall ngan installation dye punye r lame...aduhh,masa semakin suntuk..hati pun semakin sakit..tolong la cepat sikit..=((






Friday 11 May 2012

Amalan Seharian Yang Digalakkan




1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain.



2. Selalu makan makanan yang panas-panas.

3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya atau badam dan lain-lain.


4. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum.


5. Selalu meminum air masak. 


6. Selalu memakan ulam-ulaman.


7. Selalu mengamalkan pandangan hijau.


8. Selalu bersenam.


9. Selau menggunakan imaginasi otak.


10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.

11. Jangan ego.

12. Jangan dengki pada orang lain.

13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal.

14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal.

15. Jangan makan makanan yang ada pewarna.

16. Jangan makan makanan yang ada pengawet.

17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali.


18. Jangan mandi selepas 9.00 malam.

19. Jangan sengaja melewat-lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

20. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

21. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.


22. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

23. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

24. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

25. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

26. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

27. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

28. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

29. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

30. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita dan akan hilang bahagia.

31. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pul, jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

32. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


33. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

34. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.

35. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah S.A.W.)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...