Friday 15 July 2011

41,267 Calon Ditawarkan Tempat Di IPTA




PUTRAJAYA – Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

Beliau berkata jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon.

Seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki, kata Dr Rujhan.

“Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulam untuk menentukan nilai merit seseorang calon,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Rujhan berkata, daripada 41,267 calon yang berjaya, seramai 21, 954 (53.2 peratus) adalah calon aliran Sains dan 19,313 (46.8 peratus) adalah calon aliran Sastera.


Sementara itu, Dr Rujhan berkata seramai 38 Orang Asli, 49 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 990 atlet negeri dan negara turut ditawarkan tempat di IPTA selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan negara.

Dr Ruhjan berkata calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah hari ini dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai esok (16 Julai).

Semakan boleh dibuat melalui laman web http:upu.mohe.gov.my, http://www.mohe.gov.my, http://ipt.uum.edu.my dan http://www.ipt.utm.my atau di talian hotline 03-8883 5858,Helpline 03-8883 5848 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Katanya semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai.

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-rayuan ialah pada 24 Julai.

Dr Rujhan berkata tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah pada minggu pertama September. – BERNAMA

**Bile la mahasiswA nak melebihi mahasiswI neh?huuu..same2 la kite nantikan..

0 Org Join Merepek Skali^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...