Monday 18 July 2011

Bahaya Penggunaan Internet..!

**Credit for Cik Syuhada Salleh sbb post psal nie terlebih dahulu..=)


Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut. Kajian berkenaan menyatakan, kematian tisu otak boleh berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat.

Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu. Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari. Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia. Kajian itu membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China. Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet tak termasuk berjuta lagi di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ulasan artikel asal : Kosmo


Owh,agak2 korg ade x simptom2 cenggitu?sy rase sy dh ade.siyes..!x tipu..!mmg sy agk sukar nk cncentrate skrg.huuu..risau2..korang camne plak?ade x simptom2 mcm nie?kalo ade,share2 la..kongsi pngalaman n ilmu..=)

2 Org Join Merepek Skali^^:

Norhalizah Mohamed said...

menakutkan rupanya on9 berjam2 ni.

anis aneesa said...

@norhalizah : yerp,taw xpe..bahaya..hjuhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...