Monday 30 April 2012

Tentang Tudung


Info ini dipetik daripada Dato' Dr Harun Din berpandukan al-quran dan sunnah #

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA :
- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
- Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.



KESALAHAN KETIGA :
- Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.



KESALAHAN KELIMA :
- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

 

KESALAHAN KELAPAN :
- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


KESALAHAN KESEMBILAN :
- Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.




KESALAHAN KESEPULUH :
- Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid.

Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
 “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

**Semua gambar ehsan dari pakcik Google..

3 Org Join Merepek Skali^^:

Unknown said...

haha amnede pesen la kslhn ketige tuu,,kotor molek haha,,pakai kain pahtu kain jean plop haha

Unknown said...

kesalahn 3 marooh sgt3 hom haha

anis aneesa said...

hooo..nk wak gane..x bape nk sedor la tu..huuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...